07 April 2010

Pengajaran dari 50 sen~

Wa~ lama sungguh ku x meng 'update' kan blog neyh. Tidaks.. tidaks... Bulan mac nye macam xde post langsung. hehehe... busy balik rumah. Kat rumah tak buka pon blog. So tak update la jadinye~

Bagi kengkawanku, apa nilai 50 sen bagi korang? Gula2 10 biji? Pemadam? Air? Hm.... Nak dijadikan cerita. Me and my mum pergi kat kedai runcit. Saja teman mak beli barang dapur. Habis je beli dan baru jek nak keluar kedai, mak ku ditahan oleh seorang budak lelaki. Tinggi dalam 160 lebih cm. Berat xtau la pulak, tapi memang nampak berat budak tuh. Dia cakap kat mak ku 'kak, nak 50 sen'. Statement pendek tapi sangat la orang faham. Straight to da point. Mak ku cakap die takde duit kecil so budak tu minta duit seringgit and die akan bagi kat mak ku 50 sen. Mak kite on jek so die pon bagi lah seringgit dan mak kite tak ambil pon duit 50 sen tu.  Habis cerita.

Kite pon tanye, 'mak, tu budak lembam kan?'. Mak cakap 'agaknye, mungkin die haus kot and takde duit. Sebab tu dia mintak'. Bagiku, setakat seringgit, takpe lah. Nak tolong. ;p
Habis situ kitorang pergi kedai yang berdekatan. Bila nak pergi kat kereta jek, ternampak budak tu tengah pegang 100 plus. Sah budak tu haus. Mak cakap, tak salah buat baik. Tak rugi apa pun. Bukan semua orang akan minta, kot2 malaikat. Kite pon terus tergelak. Mungkin betul gak kan. Mana nak tau. Saja2 nak test. Hehe....

So, nanti pasni kalau jumpa orang mintak duit, bagi je la. Asalkan amaunt tu memadai untuk kite. Tak salah bersedekah kan? Buat baik dibalas baik. Buat jahat, paham2 sendiri lah... ;)
Catat Ulasan