03 September 2008

Selamat Berpuasa~

Selamat berpuasa diucapkan untuk semua yang yang beragama Islam. Semoga kita mendapat keredhaan Allah dalam melakukan ibadat-Nya ini.. Amiin....
Well, saya janji kalau rajin nak uploadkan gambar aritu kan? Sekarang ni malas sket so nak bercerita pasal benda lain. Rupanya, baru je dalam hari ke-3 kita puasa, ada jugak lah hamba Allah yang x berpuasa. (Yang perempuan lain cerita lah... faham2 je la yek).
Ni nak cakap pasal kaum Adam.
Saya pergi kedai semalam (hari ke-3 puasa) nak beli ubat gigi ku yang sudah kehabisan... Time tu baru pukul 10 pagi lebih kurang. Baru je jejak masuk kedai runcit yang satu ni, ternampak lah oleh ku akan kelibat seorang anak Adam ni tengah memegang satu tin air. Dia tengah beratur nak bayar. Pelik gak, pagi lagi neyh. Xkan nak simpan sampai kul 7 mlm? Satu tin pula tu. Lain la kalau satu kotak besar. Possible lah jugak. Apa lagi, jelingan tajam lah yang dapat ku beri.. Xkan nak tegur pulak kan? Saya sorang je time tu. Yang lelaki ni pun buat muka malu ngan segan. Pandai pulak die segan. Dengan Allah die x segan ke? Saya ni arini x sahur, maintain jek puasa... Huhuhu.... MAsyaallah... x baik riak kan? Cerita ni juz sebagai pengajaran.. Lelaki inilah yang satu hari nanti akan jadi ketua keluarga. Kalau ketua keluarga da x betol, nak harapkan siapa lagi kan?
Ha... Nak tukar topik plak... tengah surf internet, terjumpa la pulak satu resipi sup ayam ni... saja nak kongsi sebab boleh copy and paste jek...(jujurnye diriku~)...

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (disiang,asingkan kulit & lemaknya,ketepikan)
1 sudu kicap cair
Garam & lada sulah secukup rasa
2 kuntum bunga lawang
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 labu sedang bawang
4 ulas bawang putih
2.5 cm halia (dikikis kulitnya & biarkan sebuku
4 cawan air ]
250 gm ubi kentang (dipotong dadu kecil-kecil)
Garam secukup rasa
Bawang merah goreng
Daun bawang dicincang
Daun sup yang dicincang
Lada-lada hiris yang telah dijeruk

Cara:
Potongkan ayam kepada ketulan-ketulan & perasakan dengan campuran kicap. Perapkan selama 15-20 minit. Panaskan kulit & lemak yang telah diketepikan itu di atas api yang besar.Dapatkan minyaknya & tapis. Tuangkan ke dalam periuk lain.Pijarkan atas api yang sederhana & masukkan rempah-rempah kering. Tumis selama 1-2 minit,kemudian masukkan bawang,bawang putih & halia. Goreng hingga layu.Besarkan api.Masukkan ayam & bahan perasa selebihnya.Goreng hingga rata kuningnya,kemudian kecilkan api.Masukkan air,ubi kentang & garam. Didihkan perlahan-lahan hingga ayam & ubi kentang empuk. Padamkan api itu. Sesuaikan rasanya & isikan ke dalam mangkuk-mangkuk sup yang berasingan.Taburkan atasnya dengan bawang merah goreng,daun bawang & daun sup.Hidangkan segera dengan lontong atau roti.Hidangkan lada dalam pinggan yang berasingan.
Cadangan Hidangan:
Untuk 4 orang saja
X try pon lagi sebab still kat kolej. Nanti ar kemudian ku try... Nanti kalau ada resipi kuih, saya selitkan la kat blog ney. By the way, saya x suke kuih sangat... HAhaha... HA, korang pernah dengar pasal nasi goreng sardin x? Maybe hari ni nak try makan. Kalau sedap, alhamdulillah. Kalau x, x tau la nak cakap pe....

Da abes pasal resepi, ni nak mengadu pulak~ Wa~ banyak sangat assignment yang nak disiapkan... turun 10 kg diriku ini.... (gurau jek...) Tapi memang banyak pon n I'm gonna do da assgnment after this so bye korang semua... Jangan saja2 tinggal puasa... Ada yang Nampak...
Hehehe....
Catat Ulasan