01 Oktober 2011

Fakta menarik dan pelik~

Salam u-olls~~

Hari ini nak bercerita sedikit mengenai fakta yang agak menarik dan pelik yang da ku baca di internet. Just for sharing cause sharing is caring rite :)


Fakta #1
Jangka hayat seorang lelaki akan 10 tahun lebih pendek jika tidak berkahwin... 


Fakta #2
Setiap helai wang kertas US dollar (tak kisah nilainya) hanya berkos 4 sen untuk dibuat. Maksudnya, kalau cetak wang dollar bernilai 10 dollar, kosnya 4 sen jek???? Fuiyo~~~



Fakta #3
Di New York, lebih kurang 1,600 orang digigit oleh manusia setiap tahun. (Kanibal kaH???)

Fakta #4
Purata seorang kanak-kanak berumur 4 tahun bertanya adalah 400 soalan sehari. (Puasnye nak jawab soalan mereka... Hm...)
Fakta #5
Bunga ros yang paling tua di dunia terletak di Hildeshiem Cathedral di Jerman dan berusia lebih daripada 1000 tahun... ( Cantik tak bunga ros ni agak-agaknya??)
 
Fakta #6
Satu kelipan mata mengambil masa lebih kurang 0.3 saat sahaja.

Fakta#7
Perempuan mempunyai lebih banyak deria rasa daripada lelaki.

Fakta#8
Nama 'Wendy' pertama kali digunakan di dunia adalah menerusi cerita Peter Pan! Sejak itu, ramai mula mengambil nama Wendy untuk anak-anak mereka. (1st time tahu info ni... menarik!)

Fakta #9
Perempuan boleh mendengar lebih baik daripada lelaki

Fakta#10
Lelaki boleh membaca perkataan-perkataan yang lebih kecil daripada perempuan

P/s: Semua ini dialih bahasa from BI to BM... Mungkin ada tendency untuk salah ayat...hehehe ;p

Tiada ulasan: